iqro private - tidak ada kata terlambat untuk belajar membaca Al Qur'an
adalah private belajar membaca al-qur'an dengan metoda iqro untuk orang dewasa
Rabu, 27 Februari 2013
Perlukah Kita Malu Untuk Belajar Mengaji di Usia Tua?
Perlukah kita malu untuk belajar mengaji di usia tua sedangkan anak-anak kecil dah lancar membaca Al-Quran? Agak-agak ada tak pembaca blog saya ni yang ada masalah “malu tak bertempat” macam ni? Jujur saja.
Mungkin saya tidak berapa faham apa perasaan saudara/saudari yang tidak fasih atau mungkin tidak pandai langsung untuk membaca Al-Quran, jangankan Al-Quran. Mungkin Muqaddam pun ada yang masih tidak pandai membaca, walaupun lahir-lahir saja sudah beragama Islam. Maafkan saya, entri ini bukan saya tulis untuk tujuan mengherdik. Oh tidak sama sekali.
Saya cuma mahu beri pendapat sahaja melalui penulisan yang tidak seberapa ni tentang Malu Untuk Belajar Mengaji Al-Quran di Usia Tua. Pada saya, tidak ada yang perlu dimalukan. Kita orang Islam, memang menjadi kemestian bukan untuk membaca Kitab Suci Allah tu. Jangan jadikan alasan dah terlalu tua untuk belajar mengaji. Sangat tak logik.
Pergi hafal lirik lagu dangdut boleh, takkan belajar ilmu tajwid sikit-sikit tak boleh kan? hehehehehe! Oke, gurau-gurau ya.
Pada saya, kalau betul kita sedar yang kita orang Islam dan kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W..kita kenalah berusaha untuk mengaji walaupun payah. Mungkin agak payahlah kalau belajar pada usia dah lanjut sikit tapi insyaAllah kalau gigih mesti boleh. Cuma, kalau ada sifat “malu tak bertempat” tu memang payahlah sikit.
Buat apa nak dimalukan? Saya kenal Hamba Allah yang belajar mengaji bermula daripada Iqra’sampailah sekarang sudah masuk Al-Quran walaupun usia beliau hampir mencecah 60tahun!Rasanya, kalau beliau tak belajar mengaji lagilah malu agaknya nak menjawab soalan dalam kubur nanti. Kan? Syukur sangat beliau diberikan hidayah dan alhamdulillah, dah boleh baca surah Yasin dah pun.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya bukanlah manusia yang pandai sangat tentang ilmu tajwid semua ni. Masih belajar juga tapi mungkin atas kesedaran yang ingat-mnengingati sesama Islam ni adalah kewajiban saya juga, jadi saya kongsilah sedikit ilmu di bawah ini ya.
5 Wasiat dari Allah s.w t kepada Rasulullah s.a.wDari Nabi “Pada malam saya di Israkan sampai ke langit,Allah s.w.t telah memberi 5 wasiat”1) Jangan engkau gantungkan hatimu kepada dunia, kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau2) Jadikan cintamu kepadaKu,sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu3) Bersungguh-sungguh engkau mencari syurga4) Putuskan harapan dari makhluk, kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.5) Rajinlah mengerjakan sembahyang tahjjud, kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qimullail.
Di riwayat daripada Aisyah ra,katanya Rasullulah bersabda “Orang orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir melakukanya,kelak mendapat tempat dalam syurga bersama sama dengan rasul rasul yang mulia lagi baik.Sedangkan orang yang membaca al Quran,tetapi dia tidak mahir,bacaanya tertegun tegun dan nampak agak berat lidahnya (belum lancar) dia akan mendapat dua pahala” (Riwayat Bukhari dan Abul Husain Muslim bin al Hujjaj bin Muslim al Qusyairi an-Nisabury)
Siapa Tak Pandai Baca Al Quran Tapi Malu untuk Belajar, Kami Boleh Bantu Anda
TAK PANDAI BACA AL-QURAN?..MALU?..SIBUK DENGAN KERJA? KAMI BOLEH BANTU ANDA!!
Assalamualaikum Saudara/Saudari Muslimin Muslimat Semua,
ADAKAH ANDA ADA MASALAH NAK BELAJAR BACA QURAN SEPERTI DI BAWAH?
Dulu masa kecik-kecik pandai la, tapi bila dah bekerja ni, dah kahwin, sibuk saja dengan urusan duniawi sampaikan baca quran dah tak pandai! Lidah dah jadi keras!
Nak belajar Quran, rasa malu! Almaklumlah umur dah lanjut. Nanti orang dapat tahu anda baru nak belajar macam budak tadika, heboh sekampung, setaman mahupun se-ofis!
Anda hantar anak anda belajar Quran, tapi anda sendiri tak pandai baca Quran. Selalu rasa "cuak" takut-takut anak anda menyuruh anda membaca Quran! Jangan anak pula mengajar ibu bapa! Tak boleh nak sorok muka!
Anda memang sudah INSAF! Anda tahu betapa pentingnya untuk membaca Quran! Agar bahagia di dunia, dan juga bahagia di akhirat. Anda memang ingin pandai membaca Quran.

Langganan:
Postingan (Atom)